Mar 29, 2011

.. Cun Melecun ..

Salam ..
Err .. dah tonton filem 'Cun' ..?
Filem yg turut dibintangi oleh pelakun wanita Cun giler & pelakun lelaki yang dapat gelaran hottie sekarang ni .. orang Singapura pun dah mula minat pada si hottie ni sejak Suria menyiarkan drama bersiri 'Nur Kasih' .. sori ah bro, i belum sempat duduk menanguk drama best u tu .. tapi takpe, apa2 pun, i percaya u memang patut dapat gelaran hottie
Dalam usia mcm saya ni, dah jarang ada masa utk menonton wayang. Nak tengok vcd pun kekadang tak setengah tahun tak sekali. Tapi apa yang saya tahu, media akan sering atau lebih senang mempamirkan wajah2 cun utk melariskan produksi mereka. Ada rupa .. ada gaya .. mesti menjadi .. Hmm bercakap tentang wajah cantik atau menawan ni, saya terpanggil untuk berkongsi video klips ini dgn anda. Lucu tapi ada mesej yang sihat untuk kita renungkan bersama ..



... ingat pesanan si Luthfi tu .. hahaha

Mar 18, 2011

Ular ....

Hi.. Como estas ..? Salam semuanya♥ hmm lama benor rasanya saya tidak menjenguk blog sendiri hehe .. alasan? biasa la, sibuk. Kenyataan .. Tapi saya tetap bersyukur nikmat yg dikurniakan Allah, nikmat kekal SIHAT yg tidak ternilai harganya. Alhamdulillah ..

Anda pula bagaimana..? Hujung minggu pun sibuk jugak ke..? Tetap sibuk tetapi kesibukan yg berbeza, tidak pada pekerjaan harian mungkin, tetapi sibuk menguruskan perihal rumahtangga pula. Sama pentingnya. Pastikan perihal keluarga dirumah 'beres' baharulah minda tenang utk memberikan tumpuan pada kerjaya yg semakin mencabar.
Dan bercakap tentang 'mencabar' ni, tahun 2011 saya diberikan lebih cabaran - mengendalikan rancangan Pentas Radio. Dahulunya saya anggap tugasan ini terlalu berat. Mungkin kerana banyak aspek yg perlu diberikan perhatian seperti, hendak menentukan skrip/jalan cerita yg bagaimana, siapa penulis skrip yg sesuai, bagaimana pula hendak contact para pelakunnya, sediakan baucher bayaran utk yg terlibat, tentukan masa utk rakaman & block-book studio awal, kerja-kerja menyunting & mempersiapkan rancangan tersebut dsbnya ..
Tetapi setelah lebih kurang 6 minggu saya melakukan tugasan ini, seronok pula rasanya. Cuma saya banyak menghabiskan masa utk ini daripada program-program saya yg lain. Ni yg kekadang rasa macam terlebih masa bekerja .. ish ish ishh ..{well i'm not complaining, just stating a fact here ..}
Ahad ini, 20 March 2011, Pentas Radio hasil karya Encik Nadiputra berjudul 'Ular'.
Ular, sejenis binatang menjalar yg tidak berkaki & badannya bersisik, ada yg berbisa & ada yg tidak. Dan makna Ular yg satu lagi - orang yg bermuka dua, yakni orang yg munafik.
Jadi apakah yg cuba dikupas oleh penulis & apakah mesej yg hendak disampaikan menerusi Drama Pentas Radio kali ini yg berjudul 'Ular'..???

                            Barisan para pelakun serta mereka yg terlibat dlm Drama berjudul "Ular"
 Saya petik salah satu dialog dlm Drama itu; " ..hampir setiap lelaki yg bergelar suami akur, syurga isterinya dibawah telapak kakinya. Nak masuk syurga senang aja, taat perintah suami. Statement macam ni mesti dihapuskan. Kalau kau tak dengar cakap aku, suami kau, neraka jawapnya.."

Abang stress nampak dgn isteri .. heeeeeee ..
 
 Bagaimana yg dikatakan isteri yg baik ..?
"Nobody's Perfect" hmm mungkin boleh sarankan filem terbaru Hollywood nanti. Siapa tahu boleh jadi Box Office..! Ok enough of that, saya cuma mengharap jika anda punya masa terluang Ahad ini, jangan lupa utk mendengar Drama Pentas Radio, jam 10:05 pagi di Warna 94.2FM♥
Pada waktu yg sama, masih ada rasa sedikit kesedihan apabila mengenangkan pemergian Allahyarham Encik Zulkassim Daud. Semuga rohnya diletakkan dikalangan orang-orang yg beriman, Amin Ya Rabbal Alamin..

Feb 24, 2011

Aku & Dia

Pernah terfikir jika anda diberikan sehari untuk bersama celebrity atau personality yang amat anda kagumi, bagaimanakah anda akan menghabiskan masa bersama nya? Persoalannya, siapakah ikon yg anda dambakan..?


 Hahaha .. gambar2 yang tertera diatas ni tidak ada kena mengena dengan citarasa saya. Tak pernah terlintas pun nak ketemu mereka yg hot ni. Tetapi jika pertemuan yang tidak disengajakan, tentu saya tidak akan lepaskan peluang untuk memetik gambar bersama. Buat kenangan u .. hehe ..

Anyways, bagi anda yang terlepas peluang untuk mendengar rancangan "Yok Sampai Pagi Bersama Dyn & Mariam", inilah diantara topik perbualan kami semalam. Yang lucunya ada seorang pendengar ingin menghabiskan semalaman bersama saya ditempat2 yang menampakkan keadaan paranormal. Ish ..! Atut Gegerl .. tapi saya sahut cabaran pendengar tu dengan syarat .. saya harus bawa bersama saya 2 benda.


Dan seorang lagi pendengar ingin berbincang tentang bagaimana saya & dia boleh mulakan perniagaan pusat terapi. Kononnya kami nak membantu individu yang bermasalah agar dapat keluar daripada lingkaran permasalahan mereka. Best kan..! Kalau idea ni menjadi, si Dyno kita beri jawatan sebagai Pegawai Penyambut Tamu. Ok aper memandangkan dia pun ada rupa so harus letak dibahagian depan sambil berikan pesakit nombor hahahaha .. jgn marah Bradda, gurau je ..

Hujung minggu dah dekat. Minggu lepas rancang nak tonton cerita seram. OMG Mariamo nak tengok cerita hantu ..! Biar betul .. eh ok aper setakat tonton vcd disiang hari, apa mau takut dok .. layaaaaan

Feb 23, 2011

The Art Of Balancing

A very quick updates on my blog.
Just want to share with you on some interesting stuff that i came across.
Here we go;

Having money is only one aspect of wealth. To the sick person, wealth is health. To the lonely person, wealth is someone to talk to and share with. To the estranged person, wealth is hearing words of love and forgiveness.


I’d laugh at my misfortunes more. Spend more time counting my blessings than my blemishes. Spend more time playing with my children and grandchildren and less time watching performers in the arena. More time enjoying what I have, less time thinking about the things I don’t have. If I could live my life again, I’d walk in the rain more without an umbrella and listen less to weather reports. I’d spend more time looking at trees and climbing them, less time flipping through magazines made from dead trees. I’d spend more time fully involved in the present moment, less time remembering and anticipating. I’d smile more, frown less.

And most of all I’d be more spontaneous and active, less hesitant and subdued. When some spur of the moment idea came up to go hiking, playing Frisbee, coloring Easter eggs, singing in a chorus, going kayaking, or watching an eclipse, I’d be less likely to sit in my chair objecting, “It’s not in our plan.”

I’d be inclined to jump up and run out the door next time and say, “Yes, we can!” Although I can’t live my life again, I’m still going to live the new way every day any way. I’ll never have all the moments I’ve missed, but I do have all the time remaining.

Be Committed to Keeping Your Personal and Professional Life in Balance
by Denis Waitley

Feb 22, 2011

Seminar Wasiat, Faraid & Rancang Pusaka

Sudahkah anda membuat perancangan awal siapakah yang berhak keatas harta sepeninggalan anda?
Majlis ilmu yang diadakan pada Ahad lalu, 20 Feb 2011 di Pusat Konvensyen Polytechnic Singapura, serba sedikit telah membuka minda kita tentang apa yang wajib kita ketahui bab pembahagian harta pusaka. Yang penting ingat pada kekata ini - "Ihsan Beserta Rahmah, Hidup Penuh Barakah" .. insyallah.
Seminar Wasiat, Faraid & Rancang Pusaka anjuran Barakah Capital Planners, disokong MUIS, Stesen Radio Rasmi Warna 94.2FM, ditaja HSBC & dgn kerjasama Pigeon Lab Pte Ltd. Dan pengacara majlis .. ehem2 .. gambarnya ada dibawah nii ...

 Penyampaian para Penceramah yang penuh impak membuatkan para peserta setia sehingga kepenghujungnya. Penceramahnya terdiri daripada Ustaz Irwan Hadi Mohd Shuhaimy, Ustaz Haron Hassan Akhtar, Puan Halijah Mohamad, Prof. Madya Dr Sharifah Hayaati Syed Ismail Al-Qudsy & moderator majlis Encik Suhaimi Salleh (Ketua Pegawai Eksekutif Barakah Capital Planners/SSA Consulting Group)

                                             Tuan Penerbit Seminar kali ini ialah RZ(no 2 dari kanan)

Memperkenalkan rakan2 saya dari kiri Nursha Ismail (Pegawai Promosi Rancangan Warna), Riz Sunawan(Pembaca Berita TV Suria), RZ(Penerbit Seminar & DJ Warna) & Mariam Mas'od(Penerbit Eksekutif Warna)

Tahniah diucapkan kepada Encik Suhaimi Salleh atas kelahiran buku hasil terbitan beliau yang pertama. Dengan judul "Isu-isu Wasiat, Faraid & Harta Pusaka diSingapura" terdapat banyak contoh kes yang berlaku disini, padat dengan panduan & mudah untuk difahami. Sayangnya pada hari pelancaran semua telah habis dijual .. tetapi insyallah saya tetap akan mendapatkannya kerana dengar2 stok masih ada. Siapa tahu, satu dua panduan boleh dikongsi sama diudara Warna. Oh ya bercakap tentang keudara, terharu rasanya apabila Tetamu Terhormat Majlis iaitu Encik Zainul Abidin Rasheed, Menteri Negara Kanan(Ehwal Luar) sejurus selepas memberikan ucapan pembukaan, sempat memperkenalkan hos Majlis Dyno & Mariamo. Reaksi saya ... OMG Encik Zainul ada mendengar rancangan kami diWarna kah? *blush*


Jangan lupa ikuti rancangan kami Yok Sampai Pagi, Isnin - Jumaat, 10mlm - 2pagi hanya diWarna 94.2FM♥ Cukup sampai disini, Adios .. Assalamualikum♥

Feb 17, 2011

"Biar Pecah Di Mulut, Usah Pecah Di Perut"

"Biar Pecah Di Mulut, Usah Pecah Di Perut" Peribahasa Melayu ini sengaja diterbalikkan. Tetapi bukan suka2 dijadikan begitu .. ada sebabnya. Dan ramai yang teruja untuk hadiri majlis ilmu yang diadakan di Polytechnic Republic Sabtu lalu, saya yakin adalah kerana ingin mendalami kemahiran didalam mendidik anak2.

Topik perbincangan sangat menarik, masih lagi memberikan tumpuan utama kepada isu remaja & sexualiti. Oh ya, barangkali ada diantara anda juga turut menghadiri Seminar Keibubapaan ini pada tahun lalu. Masih ingat lagi apakah topik2 hangat yang dibincangkan?


Seminar kali ini memberikan fokus tambahan, iaitu tentang pendedahan media baru. Soalan2 seperti;
* Kenapa & bagaimana para remaja kita terlanjur melalui alam siber?
* Apakah panduan Islam untuk ibubapa menangani isu seks & seksualiti remaja, didunia nyata & alam siber?
* Kenapakah anak2 lebih mudah berkomunikasi dengan rakan2 alam siber daripada ibubapa sendiri?
* Apakah penggunaan internet & media baru akan membuat anak2 lebih aktif secara seksual sebelum waktunya?



Banyak perkongsian serta manfaat yang diraih dalam seminar kali ini. Penyampaian para penceramah yang padat dgn informasi serta bersahaja amat menarik sekali.

Bila nak tegur anak-anak muda yang sedang buat maksiat depan mata kita seperti dalam MRT atau dibawah kolong blok, katakan kepada mereka, "Anak, kirim salam pakcik pada mak, k?" Riuh satu dewan tergelak sejurus selepas Encik bersongkok hitam tu berikan pandangannya hehe ..


* Tren Sexualiti Remaja Masakini, wajarkah ibubapa bimbang?
* Sexualiti Remaja dari pandangan Islam. Apakah ada jalan keluar?
* Pengaruh Alam Siber & Remaja. Apa ibubapa harus tahu?
 

Sesi soal jawab seperti biasa mendapat sambutan sehinggakan masa terpaksa diperpanjangkan. Itu pun banyak lagi soalan ibubapa yg tidak terjawap. Antaranya;
- Bagaimana kalau kita hendak tahu anak kita pernah lakukan sex?
- Apakah yang dapat kita lakukan sekiranya anak sering melihat lelaman pornografi secara sembunyi2?
- Bagaimana hendak hentikan anak2 peringkat sekolah rendah yang suka berbincang tentang seks dengan kawan2.
- Bagaimana cara terbaik untuk menasihati anak2 yang gemar lakukan onani
 

Apakah anda tahu tentang perkataan acronyms atau singkatan yang sering digunakan oleh anak2 muda sekarang? Contohnya 143 (I love you), ASL(Age/Sex/Location), GNOC(Get Naked On Cam), NIFOC(Nude Infront Of The Computer), PAL(Parents Are Listening). Itu sebahagian sahaja, ada banyak lagi tau ..
 

Saya ingin merakamkan berbanyak terimkasih kepada pihak penganjur Lembaga Penggalakkan Kesihatan(HPB) dan SuChi Success Initiatives Pte Ltd, kerana mengadakan acara majlis ilmu seperti ini yang dapat memanfaatkan para ibubapa, termasuklah diri saya sendiri yang mempunyai empat orang anak lelaki yang sedang membesar. Mudah-mudahan seminar ini dapat memperkasakan ibubapa dengan sikap, ilmu & kemahiran berkomunikasi secara berkesan dengan anak2 menganai isu seks & seksualiti demi kesucian zuriat mereka. Insyallah.




                                                         Peace Out .. Assalamualaikum♥

Feb 16, 2011

Kenangan Mengusik Jiwa

Bilakah kali terakhir awak lakukan spring cleaning?
Banyak benda yang dibuang atau banyak benda yang sayang nak dibuang?
Dilema kan ..?
Saya sedang dalam proses cuba kawal diri untuk tidak menyimpan barang2 yang saya sudah tidak perlukan lagi. Aper .. awak ingat senang ke nak buat keputusan macam ni ..?
BOLEH .. kalau sidektu boleh, takkan la sidekni tak boleh .. saya Mariam Mariamo pun boleh aper hurhur ..

Ok la hari ini saya akan tunjukan gambar barang2 yang sudah saya simpan begitu lama .. tak perasan pun masih ada dalam simpanan.

                                    ".. Oh nama Ku tertulis diatas kayu ..." humming lagu Uji Rashid.


               Segmen Quiz waktu pagi semasa saya bertugas bersama Adi Rahman. Sungguh Nostalgik ..

                                   Pemberian yang bernama Emak. Oh dimanakah Emak sekarang ..?

                                Confirmed ini pemberian seorang kaki-bola. Saya kaki-bangku je hurhur ..

Sebenarnya ada lagi benda yang saya nak tunjuk ni, tetapi buat sementara waktu, cukup lah 4 barang pemberian pendengar yang masih saya simpan. Kenangan dok .. Woohoo♥