Feb 24, 2011

Aku & Dia

Pernah terfikir jika anda diberikan sehari untuk bersama celebrity atau personality yang amat anda kagumi, bagaimanakah anda akan menghabiskan masa bersama nya? Persoalannya, siapakah ikon yg anda dambakan..?


 Hahaha .. gambar2 yang tertera diatas ni tidak ada kena mengena dengan citarasa saya. Tak pernah terlintas pun nak ketemu mereka yg hot ni. Tetapi jika pertemuan yang tidak disengajakan, tentu saya tidak akan lepaskan peluang untuk memetik gambar bersama. Buat kenangan u .. hehe ..

Anyways, bagi anda yang terlepas peluang untuk mendengar rancangan "Yok Sampai Pagi Bersama Dyn & Mariam", inilah diantara topik perbualan kami semalam. Yang lucunya ada seorang pendengar ingin menghabiskan semalaman bersama saya ditempat2 yang menampakkan keadaan paranormal. Ish ..! Atut Gegerl .. tapi saya sahut cabaran pendengar tu dengan syarat .. saya harus bawa bersama saya 2 benda.


Dan seorang lagi pendengar ingin berbincang tentang bagaimana saya & dia boleh mulakan perniagaan pusat terapi. Kononnya kami nak membantu individu yang bermasalah agar dapat keluar daripada lingkaran permasalahan mereka. Best kan..! Kalau idea ni menjadi, si Dyno kita beri jawatan sebagai Pegawai Penyambut Tamu. Ok aper memandangkan dia pun ada rupa so harus letak dibahagian depan sambil berikan pesakit nombor hahahaha .. jgn marah Bradda, gurau je ..

Hujung minggu dah dekat. Minggu lepas rancang nak tonton cerita seram. OMG Mariamo nak tengok cerita hantu ..! Biar betul .. eh ok aper setakat tonton vcd disiang hari, apa mau takut dok .. layaaaaan