Anda pula bagaimana..? Hujung minggu pun sibuk jugak ke..? Tetap sibuk tetapi kesibukan yg berbeza, tidak pada pekerjaan harian mungkin, tetapi sibuk menguruskan perihal rumahtangga pula. Sama pentingnya. Pastikan perihal keluarga dirumah 'beres' baharulah minda tenang utk memberikan tumpuan pada kerjaya yg semakin mencabar.
Dan bercakap tentang 'mencabar' ni, tahun 2011 saya diberikan lebih cabaran - mengendalikan rancangan Pentas Radio. Dahulunya saya anggap tugasan ini terlalu berat. Mungkin kerana banyak aspek yg perlu diberikan perhatian seperti, hendak menentukan skrip/jalan cerita yg bagaimana, siapa penulis skrip yg sesuai, bagaimana pula hendak contact para pelakunnya, sediakan baucher bayaran utk yg terlibat, tentukan masa utk rakaman & block-book studio awal, kerja-kerja menyunting & mempersiapkan rancangan tersebut dsbnya ..
Tetapi setelah lebih kurang 6 minggu saya melakukan tugasan ini, seronok pula rasanya. Cuma saya banyak menghabiskan masa utk ini daripada program-program saya yg lain. Ni yg kekadang rasa macam terlebih masa bekerja .. ish ish ishh ..{well i'm not complaining, just stating a fact here ..}
Ahad ini, 20 March 2011, Pentas Radio hasil karya Encik Nadiputra berjudul 'Ular'.
Ular, sejenis binatang menjalar yg tidak berkaki & badannya bersisik, ada yg berbisa & ada yg tidak. Dan makna Ular yg satu lagi - orang yg bermuka dua, yakni orang yg munafik.
Jadi apakah yg cuba dikupas oleh penulis & apakah mesej yg hendak disampaikan menerusi Drama Pentas Radio kali ini yg berjudul 'Ular'..???
Barisan para pelakun serta mereka yg terlibat dlm Drama berjudul "Ular"
Saya petik salah satu dialog dlm Drama itu; " ..hampir setiap lelaki yg bergelar suami akur, syurga isterinya dibawah telapak kakinya. Nak masuk syurga senang aja, taat perintah suami. Statement macam ni mesti dihapuskan. Kalau kau tak dengar cakap aku, suami kau, neraka jawapnya.."
Abang stress nampak dgn isteri .. heeeeeee ..
Bagaimana yg dikatakan isteri yg baik ..?
"Nobody's Perfect" hmm mungkin boleh sarankan filem terbaru Hollywood nanti. Siapa tahu boleh jadi Box Office..! Ok enough of that, saya cuma mengharap jika anda punya masa terluang Ahad ini, jangan lupa utk mendengar Drama Pentas Radio, jam 10:05 pagi di Warna 94.2FM♥
Pada waktu yg sama, masih ada rasa sedikit kesedihan apabila mengenangkan pemergian Allahyarham Encik Zulkassim Daud. Semuga rohnya diletakkan dikalangan orang-orang yg beriman, Amin Ya Rabbal Alamin..