Feb 17, 2011

"Biar Pecah Di Mulut, Usah Pecah Di Perut"

"Biar Pecah Di Mulut, Usah Pecah Di Perut" Peribahasa Melayu ini sengaja diterbalikkan. Tetapi bukan suka2 dijadikan begitu .. ada sebabnya. Dan ramai yang teruja untuk hadiri majlis ilmu yang diadakan di Polytechnic Republic Sabtu lalu, saya yakin adalah kerana ingin mendalami kemahiran didalam mendidik anak2.

Topik perbincangan sangat menarik, masih lagi memberikan tumpuan utama kepada isu remaja & sexualiti. Oh ya, barangkali ada diantara anda juga turut menghadiri Seminar Keibubapaan ini pada tahun lalu. Masih ingat lagi apakah topik2 hangat yang dibincangkan?


Seminar kali ini memberikan fokus tambahan, iaitu tentang pendedahan media baru. Soalan2 seperti;
* Kenapa & bagaimana para remaja kita terlanjur melalui alam siber?
* Apakah panduan Islam untuk ibubapa menangani isu seks & seksualiti remaja, didunia nyata & alam siber?
* Kenapakah anak2 lebih mudah berkomunikasi dengan rakan2 alam siber daripada ibubapa sendiri?
* Apakah penggunaan internet & media baru akan membuat anak2 lebih aktif secara seksual sebelum waktunya?



Banyak perkongsian serta manfaat yang diraih dalam seminar kali ini. Penyampaian para penceramah yang padat dgn informasi serta bersahaja amat menarik sekali.

Bila nak tegur anak-anak muda yang sedang buat maksiat depan mata kita seperti dalam MRT atau dibawah kolong blok, katakan kepada mereka, "Anak, kirim salam pakcik pada mak, k?" Riuh satu dewan tergelak sejurus selepas Encik bersongkok hitam tu berikan pandangannya hehe ..


* Tren Sexualiti Remaja Masakini, wajarkah ibubapa bimbang?
* Sexualiti Remaja dari pandangan Islam. Apakah ada jalan keluar?
* Pengaruh Alam Siber & Remaja. Apa ibubapa harus tahu?
 

Sesi soal jawab seperti biasa mendapat sambutan sehinggakan masa terpaksa diperpanjangkan. Itu pun banyak lagi soalan ibubapa yg tidak terjawap. Antaranya;
- Bagaimana kalau kita hendak tahu anak kita pernah lakukan sex?
- Apakah yang dapat kita lakukan sekiranya anak sering melihat lelaman pornografi secara sembunyi2?
- Bagaimana hendak hentikan anak2 peringkat sekolah rendah yang suka berbincang tentang seks dengan kawan2.
- Bagaimana cara terbaik untuk menasihati anak2 yang gemar lakukan onani
 

Apakah anda tahu tentang perkataan acronyms atau singkatan yang sering digunakan oleh anak2 muda sekarang? Contohnya 143 (I love you), ASL(Age/Sex/Location), GNOC(Get Naked On Cam), NIFOC(Nude Infront Of The Computer), PAL(Parents Are Listening). Itu sebahagian sahaja, ada banyak lagi tau ..
 

Saya ingin merakamkan berbanyak terimkasih kepada pihak penganjur Lembaga Penggalakkan Kesihatan(HPB) dan SuChi Success Initiatives Pte Ltd, kerana mengadakan acara majlis ilmu seperti ini yang dapat memanfaatkan para ibubapa, termasuklah diri saya sendiri yang mempunyai empat orang anak lelaki yang sedang membesar. Mudah-mudahan seminar ini dapat memperkasakan ibubapa dengan sikap, ilmu & kemahiran berkomunikasi secara berkesan dengan anak2 menganai isu seks & seksualiti demi kesucian zuriat mereka. Insyallah.




                                                         Peace Out .. Assalamualaikum♥